CORETAN PERJALANAN KE THAILAND
Sunday, 17 March 2013 23:06
administrator
Saya Aizat Bin Hier Azmi dari kelas 5SN tahun 2013 SMK Panji Alam pada hari ini ingin menceritakan pengalaman saya semasa mengikuti Lawatan Ilmiah Pendedahan Sains dan Teknologi Makanan pelajar Sekolah Menengah Kuala Terengganu ke Bangkok , Thailand pada 7 hingga 11 November 2012 . Semasa lawatan ini , saya bersama dengan 20 rakan pelajar yang lain yang terpilih ke lawatan ini dan diiringi oleh 4 orang guru pengiring .
Sesampainya saya di Lapangan Terbang Don Mueang , rombongan kami ditunjukkan dengan keramahan pegawai-pegawai penguatkuasa kastam dalam melayani pelancong-pelancong asing . Selepas menyelesaikan urusan pasport dan visa , rombongan kami meneruskan perjalanan ke Diamond City Hotel dengan menaiki taksi . Apabila sampai ke hotel tersebut kami semua mendaftar masuk dan berehat di dalam bilik masing-masing selepas mengarungi perjalanan jauh . Pada sebelah petang pula , guru-guru pengiring mengajak kami untuk membeli belah di pasaraya mega seperti Platinum Mall . Selepas kepenatan semasa membeli belah , rombongan kami pulang semula ke hotel untuk beristirehat dan tidur
Keesokan paginya , kami bertolak ke Universiti Chulalongkorn dengan berjalan kaki kerana universiti tersebut tidak berapa jauh dari hotel yang kami menginap . Kemesraan telah ditunjukkan oleh pihak Universiti Chulalongkorn dangan menghantar 2 orang mahasiswi bagi mengiringi perjalanan kami ke Universiti tersebut . Sebaik sahaja sampai ke Universiti ini , rombongan kami dipelawa masuk ke Bilik mesyuarat di Fakulti Halal Science Center , Chulalongkorn Universiti bagi mendengar taklimat daripada pihak pengurusan Universiti . Antara intipati taklimat tersebut yang ialah permulaan kajian tentang makanan halal yang dimulakan oleh Dr Winai Dahlan pada tahun 1995 , dan perkembangan kajian ini telah menarik minat kabinet Diraja Thai bagi memberikan peruntukan dalam menerusakan kajian dalam bidang ini . Selain itu , pusat penyelidikan makanan halal di Universiti ini turut diiktiraf World Halal Research , Malaysia pada tahun 2011 . Sebaik sahaja habis taklimat tersebut , rombongan kami dijemput untuk melihat serta meninjau pusat penyelidikan ini dalam menganalisa dan menyelidik untuk mengenalpasti kontaminasi ke atas pengeluaran makanan halal seperti asid lemak haiwan , protein/DNA haiwan , gelatin , alkohol , dan kontaminasi mikrobiologi
Selepas mengakhiri lawatan ke Universiti Chulalongkorn , rombongan kami meneruskan perjalanan ke Universiti Thammasat , Bangkok bagi lawatan Language Institute . Universiti yang dibuka pada tahun 1934 ini merupakan Universiti kedua tertua di Thailand ini masih mengekalkan senibina asalnya dan menunjukkan senibina orang-orang Siam . Apa yang rombongan kami bangga sekali adalah kursus Bahasa Melayu turut ditawarkan kepada penuntut di Universiti ini dan pensyarahnya juga merupakan bekas mahasiswa di Universiti Malaya suatu ketika dahulu . Selain itu , Universiti Thammasat ini menjadi lipatan sejarah kerana 3 orang Perdana Menteri Thailand adalah merupakan bekas penuntut di sini . Di samping itu , pengalaman yang tidak kami dapat dilupakan ialah menyaksikan suatu Upacara diraja Thai yang dikenali sebagai Royal Barge Procession . Upacara ini diadakan 10 tahun sekali dimana raja muda Thailand menghantar sumbangan kepada kuil-kuil yang terpilih dengan menaiki perahu . Walaupun masa yang diluangkan di Universiti ini tidak terlalu lama tetapi pengalaman yang kami dapat semasa berada di sana sudah cukup bagi mempelajari gaya hidup orang-orang Thailand .
|

Last Updated on Sunday, 17 March 2013 23:36
KEM KEPIMPINAN PELAJAR 2013
Saturday, 16 March 2013 23:04
administrator
Last Updated on Sunday, 17 March 2013 01:04
PERTANDINGAN FORUM REMAJA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH KUALA TERENGGANU SELATAN 2013
Wednesday, 06 March 2013 23:28
administrator
|
Tarikh: 6 Mac 2013 (Rabu)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Megat Panji Alam
Keputusan:
JOHAN - SMK Sultan Sulaiman
NAIB JOHAN - SMK Panji Alam
KETIGA - SM Imtiaz Kuala Terengganu
Tahniah kepada pasukan sekolah yang berjaya mendapat Naib Johan.
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|
Last Updated on Thursday, 07 March 2013 00:42
MAJLIS PELANCARAN MENTOR MENTEE 2013
Tuesday, 05 March 2013 22:15
administrator
|
Tarikh: 3 Mac 2013 (Ahad)
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan
Perasmi: Cg Hj Abu Bakar bin Muda (PK Pentadbiran)
|
 |
 |
 |
Last Updated on Tuesday, 05 March 2013 22:51
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN KEMPEN WAKAF BUKU 2013
Sunday, 24 February 2013 23:22
administrator
Biodata Pengetua
Saturday, 23 February 2013 10:13
administrator
|
Haji Zakaria bin Awang dilahirkan di Kuala Terengganu pada 8 November 1954. Mendapat pendidikan awal di SK Bukit Tunggal, Kuala Terengganu. Pendidikan menengahnya di SMK Ibrahim Fikri dan SMK Padang Midin. Memperolehi ijazah pertama, B.Sc. (Hons.) dengan Pendidikan di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada tahun 1979. Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) beliau memperolehi Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Pendidikan) pada tahun 1998.
Beliau telah berkhidmat lebih 33 tahun di dalam perkhidmatan awam dan memulakan kerjaya beliau sebagai guru penolong di SM Teknik Terengganu, Kuala Terengganu pada tahun 1979. Sepanjang perkhidmatan beliau pernah memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah (Sains dan Matematik) Jabatan Pelajaran Pelajaran Terengganu pada tahun 1988 dan Ketua Penolong Pengarah (Unit KBSR), Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu pada tahun 1994. Beliau telah dilantik menjadi Pengetua di SM Kompleks Gong Badak pada tahun 1979 hingga 2001. Sepanjang tempoh melaksanakan tugas sebagai Pengetua, beliau juga telah bertugas di SMK Kijal (2001 – 2003), SMK Tengku Bariah (2003 – 2007), SMK Ibrahim Fikri (2007 - 2008), SM Sains Kuala Terengganu (2008 hingga 2010) dan SMK Sulaiman mulai 16 Mei 2010 31 Disember 2012. Kini beliau bertugas di SMK Panji Alam mulai 1 Januari 2013 sehingga sekarang.
Sepanjang perkhidmatan, beliau telah memberi sumbangan dalam pelbagai aktiviti pendidikan. Antaranya: panel penggubal kurikulum di Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia; Pengendalian peperiksaan-peperiksaan awam di Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia; panel penggubal dan panel penilai Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) di Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada masa yang sama beliau memberi sumbangan secara aktif dalam perkembangan pendidikan Terengganu menerusi jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).
Bagi tujuan menambah ilmu dan pengetahuan dalam bidang pengurusan dan pentadbiran, beliau pernah mengikuti kursus-kursus di luar negara. Antaranya; RECSAM-SEAMEO, Pulau Pinang (1985), INNOTECH, Manila, Filipina (1988), Hong Kong Mathematical Society, Hong Kong (1994), National Institute of Education, Nanyang Technological University, Singapura (2005) dan Confratute – Gifted Students di University of Connecticut, USA (2007). Beliau juga telah menghadiri International Conference on Educational Management, Administration and Leadership (ICEMAL) di Universiti Negeri Malang, Malang, Indonesia (2012).
Beliau terlibat dalam memberi ceramah dan pembentangan kertas kerja dalam kursus dan seminar yang dianjurkan di peringkat negeri. Beliau juga terlibat menjadi fasilitator dalam Persidangan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Menengah Malaysia (2009), Program Jururunding Kepengetuaan Zon Timur (2007), Kolokium Kembara Pengurusan Kepimpinan Pendidikan Zon Timur (2006) dan Konvensyen Staf Makmal Sains Sekolah Menengah Terengganu (2000). Pada masa yang sama beliau menjadi penulis dan editor kepada Buletin PKPSM Malaysia, Manual Prosedur Kerja (MPK) Sekolah Menengah Malaysia, Jurnal dan Buletin PKPSM Terengganu serta Santapan Minda Majlis Pengetua Cemerlang Kebangsaan. Beliau juga telah menjadi panel penulis Jejak Warisan MPSM.
Di samping tugas-tugas hakiki sebagai penjawat awam, beliau terlibat aktif dalam Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Kebangsaan sebagai Timbalan Yang Dipertua, Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Cawangan Terengganu (Ex-Oficio) dan Badan Kebajikan Warga Pendidikan Terengganu (Ahli Jawatankuasa). Beliau telah dilantik sebagai Pengetua Cemerlang Gred DG52 (2006) dan Pengetua Cemerlang Gred DG54 (2008). Pada Tahun 2010, beliau telah dilantik sebagai Pengetua Cemerlang Gred JUSA C. Beliau juga telah menerima Perkhidmatan Cemerlang Tahun 1994 (Pergerakan Gaji Menegak), Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) (2002) dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) (2008). Pada tahun 1990 beliau telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu. Pada tahun 2011 beliau telah dianugerahkan Darjah Johan Setia Mahkota (J.S.M) oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Pada tahun 2012 pula beliau telah dianugerahkan Pingat Jasa Cemerlang (P.J.C.) oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.
Haji Zakaria bin Awang telah terpilih untuk mengikuti rombongan Lawatan Kerja Pendidikan Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Awam oleh Kerajaan Negeri Terengganu ke London dan Paris pada tahun Jun 2010. Beliau juga terpilih mengikuti Lawatan Kerja Pendidikan Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Awam oleh Kerajaan Negeri Terengganu ke Perth, Australia pada Disember 2011.
|
|
Last Updated on Saturday, 23 February 2013 10:46
|
|