SMK PANJI ALAM

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home HEM
HEM

Penggunaan e-Suhu

E-mail Print PDF
 

Penggunaan e-Suhu

Tarikh: 2 Julai 2020 (Khamis)
Masa: 7.10 pagi

Hari ini merupakan hari pertama SMKPA menggunakan sistem e-suhu QR Code untuk mencatat suhu pelajar yang hadir ke sekolah.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Dr Syed Abi Ghufran bin Syed Ahmad (SK Wakaf Mempelam) yang banyak membantu sekolah menyediakan sistem ini.

 83537852 10158476425089116 4519240175354756092 n
 105677197 10158476425404116 6115222908783494010 n
 
Last Updated on Tuesday, 14 July 2020 12:29
 

PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHUN 2020.

E-mail Print PDF
 
 PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHUN 2020.

Tarikh: 24 Jun 2020 (Rabu)
Masa: 7.20 pagi
Pelajar Terlibat: Pelajar Tingkatan 5

Selamat Datang kepada semua warga SMKPA terutama pelajar Tingkatan 5 selepas bercuti panjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana serangan Covid-19.
Pihak sekolah menerima kunjungan Tuan Mohd Tahar bin Sali (KPPK Sektor Pembangunan Murid, JPN Terengganu), En. Mohd Jaafar bin Taib (Penolong PPD Kuala Terengganu, Unit Pembangunan Bakat Murid), Sjn Norniwati bt Mat Noor, (Pegawai Perhubungan Sekolah, IPD Kuala Terengganu) dan En. Azli Ismail bin Abdul Rashid (Yang Dipertua PIBG SMKPA) untuk memantau perjalanan sekolah sempena dengan pembukaan semula.
Kami berharap semua warga SMKPA terutama pelajar dapat mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

 104358214 10158449180644116 3128701262607461815 o
 105865845 10158449180664116 2703492677301838145 o
 104495513 10158449182139116 5873430787048964201 o
 

CERAMAH PENYAKIT THALASEMIA.

E-mail Print PDF
 

Tarikh: 3 Mac 2020 (Selasa)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Surau An Nur, SMKPA
Pelajar Terlibat: Pelajar Tingkatan 4
Penceramah: Dr Hazirah bt Harun, Klinik Kesihatan Hiliran, Kuala Terengganu.

Ceramah berkaitan penyakit Thalasemia. Diharapkan pelajar dapat memahami punca dan cara mengatasinya. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Hazirah bt Harun dari Klinik Kesihatan Hiliran, Kuala Terengganu yang sudi memberi penerangan tentang penyakit Thalasemia.

87954222 10158065083509116 9203401821907845120 o
 88138704 10158065083264116 1296258315759648768 o
 
Last Updated on Saturday, 21 March 2020 11:07
 

PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH 2020.

E-mail Print PDF
 
PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH 2020.

Tarikh: 26 Februari 2020 (Rabu)
Tempat - Dewan Besar , Menara Yayasan Islam Terengganu.
Penceramah- Ustz Abd Aziz bin Abd Rahman, Pensyarah Pondok Darul Iman, YIT
Perasmian penutup- Tn Hj Azhar bin Jusoh, Pengarah Yayasan Islam Terengganu.

Julung-julung kali SMKPA berjaya mewujudkan Skuad Al Kahfi yang mana bertujuan suatu hari nanti dapat menyediakan perkhidmatan mengurus jenazah. Sebagai permulaan skuad ini mempelajari teknik-teknik yang betul cara mengurus jenazah.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Us Abd Aziz bin Abd Rahman yang sedia menunjuk ajar kepada pelajar-pelajar. Tidak lupa juga kepada Tn Hj. Azhar bin Jusoh, Pengarah Yayasan Islam Terengganu yang telah memberi bantuan kepada kami sehingga kursus ini dapat berjalan dengan jayanya. 

 1j
 2j
 

PELANCARAN PROGRAM NILAM 2020.

E-mail Print PDF
 
PELANCARAN PROGRAM NILAM 2020.

 

Tarikh: 25 Februari 2020 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Jubli Emas.

Pihak sekolah amat mengharapkan setiap pelajar meningkatkan jumlah pembacaan supaya mencapai tahap tertinggi dalam Anugerah Nilam tahun ini.

"Membaca Jambatan Ilmu"

 1n
 


Page 2 of 38


Newsflash

Semua guru sila hadir