CORETAN PERJALANAN KE THAILAND

Sunday, 17 March 2013 23:06 administrator
Print
Saya Aizat Bin Hier Azmi dari kelas 5SN tahun 2013 SMK Panji Alam pada hari ini ingin menceritakan pengalaman saya semasa mengikuti Lawatan Ilmiah Pendedahan Sains dan Teknologi Makanan pelajar Sekolah Menengah Kuala Terengganu ke Bangkok , Thailand pada 7 hingga 11 November 2012 . Semasa lawatan ini , saya bersama dengan 20 rakan pelajar yang lain yang terpilih ke lawatan ini dan diiringi oleh 4 orang guru pengiring .
Sesampainya saya di Lapangan Terbang Don Mueang , rombongan kami ditunjukkan dengan keramahan pegawai-pegawai penguatkuasa kastam dalam melayani pelancong-pelancong asing . Selepas menyelesaikan urusan pasport dan visa , rombongan kami meneruskan perjalanan ke Diamond City Hotel dengan menaiki taksi . Apabila sampai ke hotel tersebut kami semua mendaftar masuk dan berehat di dalam bilik masing-masing selepas mengarungi perjalanan jauh . Pada sebelah petang pula , guru-guru pengiring mengajak kami untuk membeli belah di pasaraya mega seperti Platinum Mall . Selepas kepenatan semasa membeli belah , rombongan kami pulang semula ke hotel untuk beristirehat dan tidur
Keesokan paginya , kami bertolak ke Universiti Chulalongkorn dengan berjalan kaki kerana universiti tersebut tidak berapa jauh dari hotel yang kami menginap . Kemesraan telah ditunjukkan oleh pihak Universiti Chulalongkorn dangan menghantar 2 orang mahasiswi bagi mengiringi perjalanan kami ke Universiti tersebut . Sebaik sahaja sampai ke Universiti ini , rombongan kami dipelawa masuk ke Bilik mesyuarat di Fakulti Halal Science Center , Chulalongkorn Universiti bagi mendengar taklimat daripada pihak pengurusan Universiti . Antara intipati taklimat tersebut yang ialah permulaan kajian tentang makanan halal yang dimulakan oleh Dr Winai Dahlan pada tahun 1995 , dan perkembangan kajian ini telah menarik minat kabinet Diraja Thai bagi memberikan peruntukan dalam menerusakan kajian dalam bidang ini . Selain itu , pusat penyelidikan makanan halal di Universiti ini turut diiktiraf World Halal Research , Malaysia pada tahun 2011 . Sebaik sahaja habis taklimat tersebut , rombongan kami dijemput untuk melihat serta meninjau pusat penyelidikan ini dalam menganalisa dan menyelidik untuk mengenalpasti kontaminasi ke atas pengeluaran makanan halal seperti asid lemak haiwan , protein/DNA haiwan , gelatin , alkohol , dan kontaminasi mikrobiologi
Selepas mengakhiri lawatan ke Universiti Chulalongkorn , rombongan kami meneruskan perjalanan ke Universiti Thammasat , Bangkok bagi lawatan Language Institute . Universiti yang dibuka pada tahun 1934 ini merupakan Universiti kedua tertua di Thailand ini masih mengekalkan senibina asalnya dan menunjukkan senibina orang-orang Siam . Apa yang rombongan kami bangga sekali adalah kursus Bahasa Melayu turut ditawarkan kepada penuntut di Universiti ini dan pensyarahnya juga merupakan bekas mahasiswa di Universiti Malaya suatu ketika dahulu . Selain itu , Universiti Thammasat ini menjadi lipatan sejarah kerana 3 orang Perdana Menteri Thailand adalah merupakan bekas penuntut di sini . Di samping itu , pengalaman yang tidak kami dapat dilupakan ialah menyaksikan suatu Upacara diraja Thai yang dikenali sebagai Royal Barge Procession . Upacara ini diadakan 10 tahun sekali dimana raja muda Thailand menghantar sumbangan kepada kuil-kuil yang terpilih dengan menaiki perahu . Walaupun masa yang diluangkan di Universiti ini tidak terlalu lama tetapi pengalaman yang kami dapat semasa berada di sana sudah cukup bagi mempelajari gaya hidup orang-orang Thailand .

Last Updated on Sunday, 17 March 2013 23:36